Betul Ke Soalan Tak Ada Jawapan Salah Atau Betul?

“Betul ke cikgu soalan psikometrik penguasa kastam ni tak ada jawapan salah atau betul? Kalau tak ada, bagaimana boleh ada status calon lulus dan calon gagal?”

– calon psikometrik.

Ada Dua Perspektif.

Untuk menjawab soalan ini, saya akan terangkan daripada dua perspektif. Pertama dari perspektif calon, yang kedua pula dari perspektif pihak SPA.

Dari Perspektif Calon.

Daripada perspektif calon, memang tak ada jawapan salah ataupun betul. Ini disebabkan setiap jawapan calon itu hanyalah pendapat mereka sendiri.

Selagi mereka bagi kerjasama yang baik semasa menjawab soalan, itulah jawapan yang paling tepat dan paling betul untuk diri mereka.

Dari Perspektif SPA.

Daripada perspektif pihak SPA pula, ya memang jawapan ada salah ataupun betul. Sebab itu ada status calon lulus dan ada calon gagal dalam ujian ini.

Sebenarnya frasa ‘salah’ atau ‘betul’ tu kurang tepat. Frasa yang paling tepat untuk ujian psikometrik ialah jawapan menepati kehendak atau tidak menepati kehendak pihak SPA.

Ini disebabkan setiap soalan ada pemberat mereka tersendiri. Ada soalan mempunyai pemberat yang tinggi ke arah sikap kerjasama, ada pemberat ke arah sikap berdikari, ada pemberat ke arah sifat empati, dan lain-lain.

Jawapan ‘salah’ akan terjadi apabila jawapan calon tidak mencerminkan sikap yang dikehendaki oleh pihak SPA.

Contoh Soalan.

Contohnya, pihak SPA mahu seorang calon yang bersikap tegas untuk jawatan kali ini. Tapi calon pula memilih jawapan yang mencerminkan diri ke arah bertimbang rasa.

Soalan 1: Saya akan mempertahankan keputusan yang saya pilih walaupun ada rakan yang membantah.

A. Setuju
B. Tidak setuju

Soalan ini cuba mencungkil kecenderungan suka akan persaingan dan juga sifat ketegasan. Individu yang ada kecenderungan ke arah personaliti ini lebih memberat untuk bersetuju dengan soalan ini.

Tapi berlainan pula dengan individu yang mempunyai kecenderungan empati yang tinggi. Mereka lebih memilih untuk mempertimbangkan setiap cadangan daripada perspektif orang lain.

Persoalannya sekarang, adakah salah untuk mempunyai sifat persaingan dan yakin dengan keputusan sendiri. Dan adakah salah untuk lebih empati dan mempertimbangkan setiap keputusan melalui perspektif orang lain?

Soalan Menjadi Dilema.

Inilah yang menjadi dilema pada setiap calon psikometrik. Mereka tak tahu nak memilih jawapan. Semua jawapan nampak positif.

Sebenarnya, soalan ini bukanlah nak tahu jawapan mana paling positif. Tapi soalan ini hanya nak tahu calon ini cenderung ke arah mana sahaja.

Sekiranya ketua jabatan mahukan seorang calon yang mempunyai tahap persaingan yang tinggi, ketika ini, jawapan ‘setuju’ adakah jawapan yang betul. Jawapan ‘tidak setuju’ pula jawapan yang salah.

Sebaliknya, jika ketua jabatan mahukan seorang yang mempunyai tahap empati yang tinggi, jawapan ‘tidak setuju’ pula menjadi jawapan yang betul. Jawapan ‘setuju’ pula menjadi jawapan yang salah.

Belajar Sesuatu?

Adakah anda belajar sesuatu daripada artikel ini? Mahukan lagi soalan dan huraian jawapan seperti ini? Sila klik butang di bawah untuk download.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *