Soalan cara perkenalkan diri semasa temuduga merupakan antara soalan popular ditanyakan ketika sesi temuduga. Jika panel temuduga bertanya, “Sila perkenalkan diri awak”, apakah agaknya anda nak jawab?
Sebenarnya, bukanlah panel temuduga itu nak tahu sangat pasal diri anda. Ini disebabkan butiran lengkap tentang diri anda sudah pun ada dalam resume.
Kenapa panel temuduga masih nak tanya sedangkan semua dah ada dalam resume? Anda dapat teka tak sebab tu? Apa ‘trick’ disebalik soalan perkenalkan diri semasa temuduga ini?
Kalau anda nak tahu, panel temuduga sebenarnya nak beri anda peluang untuk menunjukkan kemahiran komunikasi lisan.
Sebagai calon temuduga, anda perlu tonjolkan keupayaan anda untuk menyampaikan maklumat dengan jelas, ringkas, dan meyakinkan.
6 Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga Kastam
Apa agaknya cara yang paling sesuai untuk memperkenalkan diri dalam sesi temuduga kastam? Anda ada idea tak?
Secara asasnya, terdapat enam perkara perlu anda masukkan dalam skrip memperkenalkan diri semasa temuduga kastam. Antaranya ialah:
- Ucap selamat pagi atau petang.
- Perkenalkan nama dan berasal dari mana.
- Ceritakan tentang kelulusan dalam bidang mana.
- Ceritakan status pendidikan. Adakah sudah bergradusi atau masih menunggu graduasi.
- Ceritakan tentang pengalaman kerja. Jika tiada, anda boleh berceritakan tentang pengalaman membuat latihan industri.
- Ceritakan tentang kebolehan anda. Kebolehan itu perlulah berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
“Kalau saya tak ada pengalaman kerja pula macam mana? Apa saya nak ceritakan masa sesi temuduga nanti?”
Walaupun anda tak ada pengalaman kerja, anda masih boleh bercerita pasal pengalaman menjalani latihan industri.
Andaikata pengalaman industri pun anda tak ada, anda juga boleh bercerita pasal hobi anda. Sila pastikan anda boleh mengaitkan hobi anda dengan jawatan yang dipohon.
Skrip Penuh Jawapan Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga Kastam
Di bawah ini pula merupakan contoh skrip cara perkenalkan diri semasa temuduga yang boleh anda praktiskan.
Untuk skrip jawapan ini, saya menggunakan jawatan penguasa kastam sebagai contoh. Anda boleh ubah skrip jawapan mengikut kesesuaian jawatan yang anda mohon.
Assalammualaikum dan selamat pagi, tuan. Nama saya Nurul Aminah binti Abdullah, berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Saya merupakan graduan sarjana muda dalam jurusan psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya telah berjaya menamatkan pengajian saya dengan keputusan yang cemerlang.
Saya telah bergraduasi dan sedang menunggu majlis konvokesyen yang akan diadakan pada bulan hadapan.
Sebelum ini, saya telah menjalani latihan industri di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebagai pembantu psikologi.
Selama enam bulan, saya bertugas untuk membantu pakar psikologi dalam mengendalikan sesi kaunseling dan melakukan penilaian psikologi kepada pesakit.
Pengalaman tersebut telah mengasah kemahiran saya dalam memahami tingkah laku manusia, mendengar dengan empati, serta menguruskan situasi yang mencabar dengan tenang dan profesional.
Saya juga mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mampu berinteraksi dengan berbagai lapisan masyarakat.
Saya percaya, kebolehan dan pengalaman saya dalam bidang psikologi amat relevan untuk jawatan penguasa di JKDM, terutamanya dalam aspek siasatan dan interaksi dengan komuniti.
Saya juga yakin akan dapat menyumbang secara positif kepada pasukan dan berkhidmat dengan integriti serta dedikasi.
Tak Ada Pengalaman Kerja, Macam Mana?
“Macam saya, tak ada pengalaman industri, macam mana saya nak jawab soalan memperkenalkan diri ini?”
Walaupun anda tak ada pengalaman industri sekalipun, anda masih lagi boleh menggunakan pengalaman kerja part-time anda untuk menjawab soalan ini.
Contohnya, anda bekerja part-time sebagai grabfood. Anda boleh ceritakan bagaimana pengalaman menghantar makanan ini boleh membantu anda untuk menjalankan tugas sebagai penguasa kastam.
Di bawah ini contoh skrip jawapan yang boleh anda gunakan.
Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman kerja tetap sepanjang menunggu panggilan temuduga ini, saya telah mengambil inisiatif untuk bekerja secara part-time sebagai penghantar makanan GrabFood.
Melalui pekerjaan part-time ini, saya telah berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat dan menghadapi situasi yang mencabar.
Saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan efektif, menyelesaikan masalah dengan pantas, dan menguruskan masa dengan cekap.
Pengalaman ini memberi saya kefahaman yang lebih mendalam tentang pelbagai jenis perangai dan latar belakang pelanggan, yang saya yakin akan membantu saya dalam berinteraksi dengan masyarakat yang berbeza semasa menjalankan tugas sebagai penguasa kastam.
Walaupun kerja part-time saya berbeza dari bidang perkastaman, kemahiran yang saya perolehi sebagai penghantar makanan seperti komunikasi, penyelesaian masalah, dan pengurusan masa akan menjadi aset berharga dalam menjalankan tugas saya sebagai penguasa kastam kelak.
“Kalau saya tak ada pengalaman kerja langsung pula macam mana, kerja part time pun tak pernah buat?”
Usah risau! Sebab anda boleh gunakan hobi anda dalam skrip memperkenalkan diri. Tapi kena pastikan hobi anda itu boleh membantu dalam tugasan kastam nanti.
Sebagai seseorang yang baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak mempunyai pengalaman kerja tetap mahupun kerja part-time. Namun, saya sangat aktif dalam bermain catur dan aktiviti sukarelawan kebajikan masyarakat.
Bermain catur telah mengasah kemampuan saya dalam mengatur strategi, dan membuat keputusan di bawah tekanan. Manakala aktiviti sukarelawan memberi saya peluang untuk berinteraksi dengan berbagai lapisan masyarakat, dan bekerja dalam satu pasukan untuk mencapai matlamat bersama.
Saya percaya kedua-dua hobi ini telah membekalkan saya dengan kemahiran yang berharga seperti kemahiran analisis, kemahiran komunikasi yang berkesan, dan kemampuan untuk bekerjasama dengan orang lain dalam pelbagai situasi.
Saya yakin kemahiran ini amat relevan untuk jawatan dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Soalan Temuduga Kastam + Skrip Jawapan.
Ada banyak lagi soalan dan skrip jawapan seperti ini dalam ebook temuduga kastam. Setiap skrip jawapan dalam ebook ini ditulis berdasarkan kepada personaliti anggota kastam yang sebenar.
Sila klik butang di bawah untuk download ebook.
Ps.. Anda masih ada pertanyaan tentang cara memperkenalkan diri semasa temuduga kastam? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.