Soalan Temuduga Penguasa Kastam – Adakah anda mencari contoh soalan temuduga penguasa kastam? Jika ya, ini merupakan artikel yang tepat untuk anda.
Sebelum itu, suka saya perkenalkan diri dahulu. Saya Cikgu Khairul, berpengalaman dalam membantu calon temuduga mendapatkan pekerjaan idaman mereka semenjak 2009 lagi.
Pertama sekali, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya melepasi ujian psikometrik dan mendapat panggilan temuduga ini.
Jadi, soalan apakah yang selalu panel temuduga bertanya kepada calon temuduga penguasa kastam ni?
Secara asasnya, terdapat empat topik utama akan ditanya oleh panel temuduga dalam sesi temuduga penguasa kastam, iaitu:
Dalam setiap sesi temuduga, soalan yang paling kerap panel temuduga tanyakan ialah soalan memperkenalkan diri.
Soalan ini bukanlah bermaksud panel temuduga ingin tahu tentang diri anda sangat, tapi lebih kepada hendak melihat cara anda bercakap.
Daripada cakap anda bercakap ini pun panel temuduga dah boleh tahu tahu tahap keyakinan anda berdepan dengan orang lain.
“Sila perkenalkan diri awak”, minta panel temuduga.
Di bawah ini merupakan skrip jawapan yang boleh anda gunakan untuk menjawab soalan ini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Izzat bin Ismail berasal dari Kuantan, Pahang. Saya menerima pendidikan awal di SMK Seri Pekan dan melanjutkan pendidikan ke peringkat (sijil/diploma/ijazah).
Walaupun kecemerlangan akademik adalah salah satu kelebihan saya, saya juga aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah saya dulu.
Saya memiliki minat yang mendalam dalam aktiviti sosial dan kegiatan luar kelas kerana ia membentuk keperibadian dan keterampilan saya.
Dengan sikap berdisiplin dan amanah yang saya miliki, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggung jawab dengan baik dalam jawatan ini.
Tip menjawab: Fokus jawapan yang menjurus ke arah tugas penguasa kastam. Disebabkan skop penguasa kastam selalu terlibat dengan serbuan, anda boleh tonjolkan minat terhadap aktiviti luar atau sosial.
Selepas panel dengar jawapan perkenalkan diri, mereka suka bertanya tentang perkembangan semasa tentang diri anda.
“Apakah kerja sementara yang awak lakukan sebelum ini?”, tanya panel temuduga.
Selepas menamatkan peperiksaan SPM, saya berkesempatan bekerja sebagai juruwang di kedai milik pakcik saya.
Selama di sana, saya mengasah kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai jenis pelanggan, memupuk kesabaran dalam menangani karenah mereka, serta mendapatkan pengalaman dalam membuat keputusan yang tepat dan pantas.
Saya yakin, pengalaman ini memberikan asas yang kuat bagi saya untuk berinteraksi dan berurusan dengan masyarakat dengan lebih efisien.
Dan saya percaya pengalaman ini amat berguna untuk menjadi penguasa kastam ini.
Tip menjawab: Kaitkan pengalaman kerja yang lepas sebagai satu kelebihan untuk anda gunakannya dalam penguasa kastam.
Tunjukkan bahawa anda berasa selesa apabila ditanyakan sedemikian. Kematangan anda menjawab soalan akan mencerminkan bagaimana anda berurusan di kemudian hari.
Berdasarkan kepada pengalaman calon sebelum ini, panel temuduga bertanya kepadanya kenapa dia berminat dengan jawatan ini.
“Boleh saya tahu kenapa awak berminat dengan jawatan penguasa kastam ni?”, tanya panel temuduga.
Pertama sekali, saya mempunyai minat yang kuat dalam bidang undang-undang, perdagangan antarabangsa dan pengurusan kewangan. Pejabat Penguasa Kastam ini, yang merangkumi penyeliaan dan pelaksanaan undang-undang kastam dan kutipan eksais, adalah persilangan antara semua kepentingan saya.
Saya melihat ini sebagai peluang untuk menggunakan pengetahuan saya dan pada masa yang sama, mempelajari dengan lebih mendalam tentang aspek kritikal yang membentuk ekonomi negara kita.
Tapi pertanya ini tidak terhenti di situ sahaja. Sebab setiap orang boleh claim apa-apa sahaja yang mereka suka. Kata minat, tapi belum tentu minat tu betul-betul wujud.
Apabila panel temuduga berpuas hati dengan jawapan anda ini, panel akan bertanya pula tentang skop tugas jawatan.
Pastikan anda tahu skop tugas kerana itu akan menjadi bukti sejauh mana minat anda terhadap jawatan penguasa kastam itu.
“Sebagai seorang penguasa kastam, apa tugas awak?”, tanya panel temuduga.
Sebagai seorang penguasa kastam, tugas utama saya ialah memastikan pengumpulan cukai dilakukan dengan efisien dan efektif. Saya akan bekerja secara langsung dalam proses pengumpulan dan pengurusan cukai yang melibatkan import dan eksport barangan, yang merupakan salah satu sumber utama pendapatan negara.
Saya juga bertanggungjawab untuk memberikan fasilitasi kepada sektor perdagangan dan industri. Ini bermaksud saya akan berada di barisan hadapan untuk memudahkan urusan perdagangan lintas negara melalui proses kastam yang lancar dan mematuhi semua peraturan yang berkaitan.
Dalam menjalankan tugas-tugas ini, saya akan sentiasa mengutamakan pematuhan terhadap perundangan kastam yang sedia ada. Ini bukan sahaja untuk memastikan bahawa semua barangan yang masuk dan keluar dari negara kita adalah sah dan tidak melanggar undang-undang, tetapi juga untuk melindungi kepentingan ekonomi, sosial, dan keselamatan negara kita.
Kebanyakan calon akan gagal dalam temuduga penguasa kastam ini disebabkan mereka tak tahu apakah skop tugasan mereka akan lakukan nanti.
Minat memang penting, tapi minat sahaja tidak cukup untuk mengukur kesungguhan seseorang itu dengan jawatan. Jika skop tugas pun tak tahu, cukup membuktikan tiada kesungguhan seseorang calon itu dengan jawatan yang mereka minat.
Selain itu, antara soalan-soalan yang kerap ditanya semasa sesi temuduga ialah:
Selain daripada soalan-soalan berkaitan dengan jawatan, panel temuduga juga akan bertanyakan soalan berkaitan dengan pengetahuan kementerian dan jabatan.
Sebagai persediaan, saya syorkan anda untuk kaji dasar-dasar yang dikeluarkan oleh JKDM, misi dan visi JKDM.
Antara soalan yang popular ditanya berkaitan dengan topik ini ialah, “Apakah visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia?”, tanya panel temuduga.
JKDM mempunyai visi “Kastam Peneraju Kemakmuran Negara”. Dalam memastikan visi ini tercapai, terdapat beberapa dasar dan polisi dalam JKDM yang diterapkan dalam pengurusan.
Selain daripada bertanyakan soalan berkaitan visi dan misi, panel juga suka bertanyakan tentang sejarah bagaimana tertubuhnya JKDM.
“Boleh awak ceritakan sedikit sejarah yang awak tahu tentang sistem percukaian dan JKDM?”, tanya panel temuduga.
Sebagai calon temuduga, anda wajib tahu tentang sejarah penubuhan JKDM, bermula daripada sistem percukaian pada Kerajaan Melayu Melaka.
Sejarah percukaian negara bermula semenjak Kerajaan Melayu Melaka lagi. Ketika itu, tugas memungut cukai dikawal oleh Penghulu Bendahari.
Seterusnya, undang-undang Revenue Farms Enactment (1904) diperkenalkan dengan memberi tanggungjawab kepada Pengawal Kastam. Pengawal ini ditugaskan untuk mengurus aktiviti kutipan cukai barang import, minuman keras dan jualan candu melalui Tax Farming System.
Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, struktur pentadbiran negara telah disusun semula. Ketika itu, pentadbiran Jabatan Kastam dan Eksais telah diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Apabila soalan berkaitan sejarah ditanya, selalunya panel temuduga pasti akan bertanyakan bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh wujud dalam JKDM.
“Bagaimana perkataan ‘Diraja’ boleh ada dalam JKDM? Boleh awak ceritakan kepada saya bagaimana perkara ini boleh berlaku?”, pinta panel temuduga.
Perkataan ‘Diraja’ dalam JKDM bukan sekadar tambahan biasa, tetapi ia adalah simbol penghormatan dan pengiktirafan yang amat bermakna.
Pada tahun 1963, sebagai tanda penghargaan terhadap kejayaan Jabatan Kastam dan Eksais dalam mengumpul hasil negara dan sumbangan mereka yang signifikan, DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong telah memberikan penghormatan yang tinggi dengan menganugerahkan gelaran ‘Diraja’ kepada jabatan ini.
Pengiktirafan ini bukan sahaja meningkatkan prestij jabatan tetapi juga menegaskan peranan penting mereka dalam perekonomian negara.
Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:
Apabila bercakap tentang isu semasa berkaitan dengan kastam, isu rasuah merupakan isu yang paling kerap selalu muncul di televisyen, akhbar, dan di sosial media.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, sektor perkastaman merupakan sektor tertinggi cenderung terdedah kepada gejala rasuah.
Seperti maklum balas calon temuduga sebelum ini, kerap kali panel temuduga bertanyakan soalan berkaitan dengan rasuah kepada mereka. Boleh dikatakan soalan rasuah soalan killer dalam temuduga kastam.
“Apa yang awak faham dengan hadiah? Adakah hadiah dikategorikan sebagai suapan?”, tanya panel temuduga.
Dalam pemahaman saya, hadiah adalah segala jenis bentuk pemberian tanpa mengharapkan balasan daripada pemberi hadiah. Hadiah boleh jadi dalam bentuk wang, kenderaan, komisen, cenderamata.
Sekiranya pemberi hadiah mengharapkan balasan di atas pemberian hadiah, ketika ini segala pemberian ini dikategorikan sebagai suapan.
Panel temuduga suka bertanyakan soalan menggunakan situasi. Mereka nak tahu adakah anda betul-betul faham apa yang dimanakan dengan rasuah ataupun tidak.
“Bayangkan awak berada dalam suatu majlis, penganjur cuba memberi hadiah kepada awak di hadapan hadirin. Adakah awak akan terima hadiah tersebut? Jelaskan kenapa”, tanya panel temuduga.
Untuk pengetahuan anda, soalan berkaitan rasuah ini boleh dikategorikan soalan kemahiran berfikir. Jika anda bijak dalam menghubung kaitkan nilai integriti dan fakta, ianya mudah untuk anda jawab soalan seperti ini.
Selain itu, antara soalan lain yang selalunya panel temuduga tanya ialah:
Anda berminat nak dapat soalan dan skrip jawapan? Sila isikan nama dan emel anda di bawah, nanti saya hantar ke emel anda.
Sekiranya anda inginkan lagi soalan temuduga kastam berserta skrip jawapan lengkap, saya highly recommended kepada anda untuk membaca koleksi 100 soalan temuduga penguasa kastam ini.
Sila klik butang di bawah untuk download ebook.
Kesemua soalan yang saya kongsikan di atas ini ada di dalam ebook ini. Setiap soalan lengkap dengan skrip jawapan.
Saya harap dengan perkongsian tentang soalan temuduga penguasa kastam ini dapat membantu anda dalam membuat persediaan temuduga nanti.
Saya doakan anda tenang dan yakin dalam menghadiri sesi temuduga ini nanti. Aamiinn..
Ps.. Anda ada pertanyaan tentang soalan temuduga kastam? Sila tinggalkan soalan di bawah ini. Dengan sepantas kilat saya akan menjawab pertanyaan itu.