Adakah anda bakal menduduki ujian psikometrik penguasa kastam gred wk41? Masih keliru dengan skop penilaian dalam ujian ini?
Jom saya kongsikan kepada anda beberapa contoh soalan dan tips untuk lulus ujian ini.
Tapi sebelum itu, suka saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya Cikgu Khairul yang berpengalaman dalam membantu calon-calon ujian psikometrik semenjak tahun 2009 lagi.
Apa Yang Dinilai Dalam Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred WK41
Personaliti yang cuba dinilai untuk jawatan penguasa kastam sepenuhnya bergantung kepada skop kerja penguasa kastam itu sendiri.
Antaranya skop tugas penguasa kastam ialah:
Skop tugas 1: Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan,
1. Kehematan
Individu yang mempunyai skor kehematan yang tinggi cenderung bersifat teliti, teratur, berdisiplin, dan mempunyai perhatian yang tinggi terhadap detail.
Ciri-ciri ini amat penting dalam tugas memperjeniskan barang-barang mengikut tarif dan membuat taksiran harga, kerana tugas-tugas ini memerlukan ketelitian, ketepatan, dan kepatuhan kepada peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
Individu yang mempunyai tahap kehematan yang tinggi juga cenderung lebih beretika dan mempunyai integriti yang tinggi, yang penting dalam menjalankan tugas-tugas yang melibatkan penilaian dan pengiraan cukai.
Skop tugas 2: Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
2. Kemahiran Analitikal
Sifat analitikal merujuk kepada keupayaan untuk menganalisis maklumat dengan teliti, mengenal pasti corak atau trend, serta membuat kesimpulan yang logik dan berasas.
Pengaudit perlu mengkaji rekod kewangan syarikat dengan teliti, mengenal pasti sebarang percanggahan, kesilapan, atau petunjuk penipuan. Sifat analitikal membolehkan pengaudit meneliti data dengan mendalam dan mengesan kejanggalan yang mungkin tersembunyi.
Wajib Ada Untuk Lulus.
Daripada skop tugas-tugas ini, menjadi keperluan seseorang penguasa kastam itu perlu ada sifat kehematan dan juga analitik dalam diri mereka.
Sekiranya personaliti ini tak wujud ataupun pada tahap yang rendah, itu boleh menjadi punca seseorang calon itu akan digagalkan dalam ujian psikometrik penguasa kastam ini.
“Jadi ujian ni nak uji kehematan dan analitikal je ke cikgu?”
Tidak, ada banyak lagi sikap yang pihak SPA nak uji. Skop tugas yang saya bagitahu sebelum ini hanyalah salah satu daripada skop tugasan sahaja.
Ada banyak lagi skop tugas bagi jawatan penguasa kastam, itu anda boleh semak semula nanti.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred WK41
Di bawah ini merupakan 20 soalan ujian psikometrik yang digunakan untuk mencungkil sama ada dalam diri anda menepati ciri-ciri itu ataupun tidak.
Soalan 1: Sekiranya negara lain tidak setuju dengan polisi penting negara Malaysia yang saya sendiri kurang faham, saya tidak semestinya menyokong pendirian negara saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 2: Saya membuat keputusan berdasarkan logik dan analisis objektif.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 3: Saya tercabar oleh kehendak untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada rakan-rakan sekerja.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 4: Saya biasanya bekerja sehingga tugas selesai bukannya berhenti setelah tamat masa.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 5: Tidak mengapa mengambil rehat pada waktu lain daripada yang ditetapkan jika telah memulakan pekerjaan dengan lebih awal.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 6: Rakyat yang tidak menyokong negara Malaysia patut berhijrah ke negara lain.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 7: Memakai kad matrik tidak semestinya menunjukkan pelajar itu berdisiplin.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 8: Saya merasa ingin tahu tingkah laku seseorang.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 9: Dalam membuat sesuatu keputusan, saya lebih suka bergantung pada fakta dan data daripada gerak hati dan perasaan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 10: Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 11: Seseorang pekerja harus dipecat jika majikan mengetahui pekerja itu berbohong.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 12: Saya boleh mengenali orang yang membuat keputusan mengikut gerak hatinya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 13: Kebanyakkan individu cenderung mengambil kesempatan terhadap individu yang bekerja dengan mereka.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 14: Pernahkan anda mempunyai fikiran yang anda tidak mahu orang lain tahu?
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 15: Saya cenderung membuat keputusan dengan mempertimbangkan bagaimana ia akan mempengaruhi orang lain.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 16: Saya berupaya mencadangkan kesimpulan alternatif apabila diberikan keputusan yang hanya mencadangkan satu kemungkinan kesimpulan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 17: Tidak semua sahabat karib yang saya kenali, suka saya.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 18: Saya tidak kisah apa yang orang lain fikirkan.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 19: Saya pernah meminjam barangan orang lain tanpa memberitahu sesiapa.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 20: Saya sering dilihat sebagai seorang yang empati dan memahami perasaan orang lain.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Kuiz Psikometrik
Apa kata anda cuba jawab kuiz yang cikgu sediakan ni. Adakah perwatakan anda sesuai untuk jadi penguasa kastam ataupun tidak.
Sila klik butang di bawah untuk jawab kuiz.
Tips Lulus Ujian Psikometrik Penguasa Kastam Gred WK41
1. Tonjolkan Sikap Anda, Jangan Hipokrit.
Untuk pengetahuan anda, kesemua soalan dalam ujian psikometrik ini diteraburkan. Contohnya soalan 2, soalan 9, soalan 15 dan soalan 20 di bawah ini. Keempat-empat soalan ini di bawah skop penilaian yang sama.
Ianya diteraburkan untuk menguji adakah pendirian anda sama ataupun tidak di antara empat soalan ini.
Soalan 2: Saya membuat keputusan berdasarkan logik dan analisis objektif.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Perkara yang cuba dicungkil melalui soalan 2 ini ialah bagaimana cara anda berfikir. Jadi, apa jawapan yang mencerminkan diri sebenar anda?
Jika anda ini seorang suka analisis masalah sebelum membuat keputusan, jawapan SANGAT KERAP atau KERAP adalah yang terbaik untuk diri anda.
Seandainya anda kurang cenderung ke arah analisis, pilihan jawapan TIDAK PERNAH atau KADANG-KADANG adalah jawapan yang terbaik untuk mencerminkan perwatakan anda.
2. Tetapkan Pendirian Anda.
Soalan 9, soalan 15 dan soalan 20 ini pula digunakan untuk mengesahkan jawapan anda pada soalan 2. Jadi anda perlu tetapkan pendirian anda dalam soalan 2, 9, 15 dan 20 ini.
Soalan 9: Dalam membuat sesuatu keputusan, saya lebih suka bergantung pada fakta dan data daripada gerak hati dan perasaan.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Soalan 9 ini pula nak uji kecenderungan dalam menilai sesuatu. Jika anda seorang yang suka bekerja dengan fakta dan data, jawapan yang paling tepat mencerminkan diri anda ialah KERAP ataupun SANGAT KERAP.
Jika anda tak berapa gemar bekerja dengan fakta dan data, jawapan yang paling tepat dengan karakter diri anda ialah KADANG-KADANG ataupun TAK PERNAH.
Soalan 15: Saya cenderung membuat keputusan dengan mempertimbangkan bagaimana ia akan mempengaruhi orang lain.
A. Sangat Setuju
B. Setuju
C. Tak pasti
D. Tidak Setuju
E. Sangat Tidak Setuju
Soalan 15 ini pula nak uji kecenderungan empati dalam diri seseorang. Jika anda ada kecenderungan tinggi ke arah empati, jawapan yang paling tepat ialah SANGAT SETUJU ataupun SETUJU.
Sekiranya anda ini seorang yang kurang kecenderungan ke arah empati, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah TIDAK SETUJU ataupun SANGAT TIDAK SETUJU.
Soalan 20: Saya sering dilihat sebagai seorang yang empati dan memahami perasaan orang lain.
A. Sangat Kerap
B. Kerap
C. Tak pasti
D. Kadang-Kadang
E. Tidak Pernah
Jika anda seorang yang cenderung ke arah empati, jawapan yang paling tepat ialah SANGAT KERAP ataupun KERAP.
Sekiranya anda ini seorang yang kurang ke arah empati, jawapan yang paling tepat untuk anda ialah KADANG-KADANG ataupun TIDAK PERNAH.
Pihak SPA akan menilai jawapan anda itu berdasarkan kepada sejauh mana konsisten jawapan yang anda berikan. Di bawah ini merupakan cadangan jawapan dalam mengenalpasti bagaimana cara seseorang itu berfikir.
Kecenderungan pemikiran berunsurkan fakta.
- Soalan 2 = sokong.
- Soalan 9 = sokong.
- Soalan 15 = bangkang.
- Soalan 20 = bangkang
Kecenderungan pemikiran berunsurkan empati.
- Soalan 2 = bangkang.
- Soalan 9 = bangkang.
- Soalan 15 = sokong.
- Soalan 20 = sokong.
Daripada empat jawapan ini, anda nampak tak bagaimana pihak SPA ini boleh tahu personaliti sebenar anda? Sama ada anda ini cenderung ke arah perkara berunsurkan fakta ataupun perkara berunsurkan empati.
Jika anda mampu tonjolkan pendirian yang selari antara soalan 2, soalan 9, soalan 15 dan soalan 20, itu dapat membuktikan jawapan anda mempunyai unsur kejujuran.
Apa Cuba Dicungkil?
Kalau anda nak tahu, keempat-empat soalan ini digunakan untuk kategorikan calon kepada golongan realistik dan sentimental sahaja.
Individu yang suka akan fakta ini berada dalam kategori realistik, manakala individu yang suka elemen empati pula berada dalam kategori sentimental.
“Cikgu! Antara realistik dengan sentimental, golongan mana yang lebih baik?”
Sebenarnya tak ada golongan mana yang lebih baik. Setiap golongan ada kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing. Ramai calon salah faham pasal ni.
Pertanyaan yang lebih sesuai ialah “Perwatakan mana paling berkelayakan untuk melaksanakan skop tugas bagi jawatan kali ini?”.
Nak tahu jawapan itu, anda perlu tahu apakah tugas yang bakal dilaksanakan sekiranya seseorang calon itu dilantik.
Dan perwatakan manakah yang paling optimum untuk memastikan skop tugas bakal dipertanggungjawabkan nanti dapat dilaksanakan dengan baik.
Penutup.
Cikgu harap dengan perkongsian contoh soalan ujian psikometrik penguasa kastam, diharapkan ianya dapat membantu anda menghadapi ujian ini dengan lebih bersedia.
Semoga anda dapat menjawab soalan-soalan ujian dengan tenang dan berjaya lulus ke sesi temuduga penguasa kastam kelak. Aamiin.
Ps… Anda dah baca koleksi 200 soalan psikometrik? Lengkap dengan huraian jawapan. Sila klik butang di bawah untuk baca.