“Ada tips tak nak konsisten cikgu? Saya rasa macam jawapan saya dah konsisten”
– calon psikometrik
Antara kesalahan calon psikometrik ialah mereka cuba menilai jawapan mereka sendiri. Cubalah tanya pada sapa-sapa yang pernah jawab ujian psikometrik, saya pasti mereka akan jawab jawapan mereka tu konsisten.
Skop penilaian psikometrik ini besar. Calon akan diuji bagaimana gaya mereka bersosial. Bagaimana mereka calon berfikir. Bagaimana gaya mereka bertindak. Bagaimana gaya mereka menerima maklumat.
Persoalannya sekarang, jawapan tu konsisten ke arah mana?
Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan guna skop penilaian gaya berfikir. Soalan ini merupakan soalan yang pernah ditanya dalam ujian psikometrik sebelum ini.
Soalan 1: Saya turut berasa hendak menangis apabila melihat orang lain menangis.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Tidak Pasti
- Setuju
- Sangat Setuju
Apabila saya bertanyakan soalan ini kepada calon psikometrik, ramai calon memilih jawapan ‘Sangat Tidak Setuju’. Adakah itu jawapan yang sebetulnya untuk soalan ini?
Adakah memilih jawapan ‘Setuju’ akan menyebabkan seseorang calon itu digagalkan? Itu menjadi persoalan utama.
Soalan Nak Uji Apa?
Soalan ini sebenarnya cuba mencungkil tahap empati dalam diri seseorang. Individu yang mempunyai sifat empati yang tinggi dalam diri mereka akan cenderung tersentuh hati dengan kesedihan orang lain.
Ciri-ciri empati: lembut hati, interpersonal, lemah-lembut, prihatin, suka membantu.
Tidak terhad kepada situasi kesedihan, golongan empati tinggi juga cenderung tersentuh hati dengan perasaan kegembiraan orang lain.
Contoh soalan:
Soalan 2: Saya turut berasa gembira apabila rakan sekerja mendapat kenaikan pangkat.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Tidak Pasti
- Setuju
- Sangat Setuju
Setiap sifat seseorang pasti akan terzahir melalui perilaku mereka. Begitu juga dengan individu empati skor tinggi. Sifat empati mereka akan terserlah dengan wujudnya kecenderungan prihatin terhadap orang lain.
Contoh soalan untuk mencungkil kecenderungan prihatin:
Soalan 3: Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Tidak Pasti
- Setuju
- Sangat Setuju
Uji Tahap Konsisten
Walaupun empati ini satu sikap yang positif, akan ada soalan-soalan bersifat negatif akan ditanya. Ia bertujuan untuk menguji tahap pendirian calon.
Adakah sifat empati ini betul-betul wujud dalam diri mereka ataupun mereka sekadar mengada-adakan sifat yang tak wujud.
Soalan 4: Saya menangis apabila menonton babak sedih di televisyen.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Tidak Pasti
- Setuju
- Sangat Setuju
Bagi anda tiada kecenderungan empati, memang normal bagi anda tidak mudah mengalirkan air mata ketika melihat kesedihan orang lain. Dan tidak salah untuk tidak bersetuju dengan soalan ini.
Soalan 5: Saya mementingkan aspek kasihan daripada peraturan.
- Sangat Tidak Setuju
- Tidak Setuju
- Tidak Pasti
- Setuju
- Sangat Setuju
Antara kelemahan individu empati ialah gaya berfikiran mereka seringkali dipengaruhi oleh perasaan mereka. Dalam situasi ini, bukanlah bermaksud mereka tidak suka akan peraturan, cuma mereka lebih cenderung ke arah aspek kasihan dalam mengambil suatu tindakan.
Kehendak Ketua Jabatan
Persoalannya sekarang, apakah kriteria pemilihan untuk jawatan kali ini? Apakah ciri-ciri yang dicari oleh ketua jabatan kastam?
Adakah ketua jabatan mahukan seorang calon yang bersifat empati tinggi ataupun sebaliknya?
Jika pekerjaan itu memerlukan kecenderungan empati yang tinggi, seperti jawatan seorang guru, jawapan konsisten dan cenderung ke arah sifat empati bakal menentukan lulus seseorang calon.
Jawapan Kena Konsisten.
Akan ada banyak lagi soalan akan ditanya berkait dengan kecenderungan empati ini. Daripada sudut positif dan juga dari sudut negatif sifat empati.
Daripada situ akan mencorakkan tahap konsisten jawapan seseorang. Sama ada calon dalam kategori empati skor tinggi, ataupun empati skor rendah.
Ataupun yang lagi teruk, tak cenderung ke mana-mana kategori. Yang ini akan dikategorikan sebagai calon yang tak ada pendirian. Sekejap empati, sekejap tidak. Selalunya berpunca daripada sikap calon yang cuba nak sembunyikan perangai sebenar mereka.
Jika anda mahukan lagi extra soalan dan huraian jawapan seperti ini, boleh klik butang di bawah untuk download.