Ujian Fizikal Penguasa Kastam: Perkara Apa Cuba Diuji?

Ujian fizikal merupakan komponen penting dalam proses pengambilan anggota penguasa kastam. Ia bertujuan untuk menilai tahap kecergasan dan kesesuaian fizikal calon bagi memastikan mereka berupaya menjalankan tugas-tugas yang mencabar.

Tiga Komponen Dalam Ujian Fizikal Anggota Penguasa Kastam

Secara umumnya, ujian fizikal kastam terbahagi kepada tiga komponen utama:

  • Ukuran badan dan dada.
  • Pemeriksaan penglihatan dan pendengaran.
  • Ujian kecergasan fizikal.

Jom kita lihat setiap komponen dengan lebih terperinci.

Ukuran Dada.

Bagi memastikan calon mempunyai tahap fizikal minimum yang sesuai, syarat asas ukuran badan adalah seperti berikut:

  • Ketinggian minimum:
    • Lelaki: 1.57 meter
    • Wanita: 1.53 meter
  • Berat badan minimum:
    • Lelaki: 48 kg
    • Wanita: 46 kg
  • Indeks jisim badan (BMI): 19.00 – 26.00

Ukuran dada untuk lelaki:

  • Dada biasa minimum: 79 cm
  • Dada semasa menarik nafas: 84 cm

Penglihatan Dan Pendengaran.

Selain ukuran badan, calon turut diuji dari aspek penglihatan dan pendengaran.

  • Penglihatan (Visual Acuity): minimum 6/9 tanpa cermin mata atau kanta lekap (wajib ditanggalkan semasa pemeriksaan).
  • Pengecaman warna: mesti normal.
  • Pendengaran: tiada masalah pendengaran yang ketara.

Ujian Kecergasan Fizikal.

Komponen ini menguji ketahanan, kekuatan, dan stamina calon melalui beberapa aktiviti:

  • Lari pecut 20 meter.
  • Lompat jauh berdiri.
    • Lelaki: minimum 215 cm
    • Wanita: minimum 162 cm
  • Lari ulang alik 4 x 10 meter.
    • Lelaki: maksimum 11 saat
    • Wanita: maksimum 13 saat
  • Bangkit tubi (Sit Up).
    • Lelaki: 30 kali / 2 minit
    • Wanita: 28 kali / 2 minit
  • Larian 2.4 km.
    • Lelaki: maksimum 14 minit
    • Wanita: maksimum 17 minit

Calon yang berjaya melepasi semua ujian ini dianggap mempunyai stamina dan kecergasan yang sesuai untuk berkhidmat sebagai anggota penguasa kastam.

Semoga Bermanfaat.

Ujian fizikal anggota penguasa kastam bukan sekadar formaliti, sebaliknya penentu sama ada calon mampu atau tidak menghadapi cabaran tugas yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental.

Hanya calon yang memenuhi semua syarat fizikal dan lulus setiap komponen kecergasan akan dipertimbangkan untuk jawatan ini.

Ps.. Jika anda ingin tahu format terkini ujian psikometrik penguasa kastam, boleh klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *