Skop deskripsi tugas penolong penguasa kastam – Penolong Penguasa Kastam Gred WK5 memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi dan pematuhan perundangan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Skop tugas mereka merangkumi pelbagai aspek, bermula dari pemungutan cukai sehinggalah kepada penguatkuasaan undang-undang kastam.
Tugas Umum Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
Secara umum, Penolong Penguasa Kastam Gred WK5 bertanggungjawab dalam:
- Memastikan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.
- Memungut cukai kastam dengan cekap.
- Memberi fasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian.
Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam
1. Penyediaan Laporan & Dokumen Rasmi
- Menyediakan laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi.
- Mengurus surat pekeliling jabatan dan surat jaminan bank.
2. Penjenisan & Taksiran Harga Barang
- Membantu dalam tugas penjenisan barang-barang.
- Menjalankan taksiran harga barang bagi tujuan pungutan duti.
3. Kawalan Barang di Kedai Bebas Cukai
- Mengawal pergerakan barang-barang di kedai bebas cukai.
- Memproses permohonan pengecualian daripada perlesenan cukai jualan.
4. Pengurusan Barang Rampasan
- Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang rampasan di stor pencegah.
5. Semakan & Penyelenggaraan Rekod Cukai
- Menyemak invois syarikat untuk memastikan pematuhan peraturan cukai.
- Menyelenggara penyata bayaran cukai jualan, cukai perkhidmatan dan kad lejer pelesenan.
6. Penguatkuasaan Undang-Undang Kastam
- Melaksanakan tugasan penguatkuasaan perkastaman.
- Memastikan undang-undang dan peraturan kastam dipatuhi sepenuhnya.
Pss.. Anda dah tengok contoh soalan psikometrik penolong penguasa kastam? Jika belum, sila klik butang di bawah untuk baca.
